Logo LPP ialah simbolik dua huruf "P", ditengah-tengahnya terdapat
jalur-jalur berwarna hijau muda manakala terdapat perkataan "Lembaga
Pertubuhan Peladang" di bawah bentuk"P" tersebut. Bentuk keseluruhan
logo tampak ringkas tetapi tersirat makna-makna yang tertentu.
Konsep asas rekabentuk logo diilhamkan daripada slogan asal Lembaga
iaitu "Bergerak Maju Bersama Peladang". Ia seterusnya berkait rapat
dengan peranan tugas Lembaga dalam menjadikan bidang pertanian sebagai
sektor komersial dan dinamik berasaskan kepada perkembangan teknologi
moden dan peredaran semasa.
Dua bentuk "P"
merupakan singkatan "Pertubuhan Peladang", seterusnya menjelaskan logo itu sendiri yang melambangkan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai sebuah badan pengurusan peladang yang profesional.

Jalur Hijau
melambangkan pelbagai bidang pertanian sebagai penggerak utama ekonomi negara.

Tulisan
"Lembaga Pertubuhan Peladang" melambangkan peranan, semangat dan kebulatan tekad serta keikhlasan Lembaga dalam menjalankan tugas-tugasnya menguruskan sektor pertanian yang terdiri daripada pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial peladang.

Warna Silver
melambangkan tekonologi, komersialisasi dan kemodenan sektor pertanian semasa.

Warna Hijau Muda
melambangkan keazaman dan tekad untuk memenuhi misi, wawasan dan

matlamat Lembaga.
Warna Biru
melambangkan profesionalisme, kualiti dan keunggulan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada kumpulan sasaran.

Konsep keseluruhan logo ini mencerminkan peranan Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) sebagai asas dalam menentukan hala tuju sektor pertanian
moden negara.
No comments:
Post a Comment