Wednesday, 26 March 2014

LOKASI


IPP jauh dari suasana kesibukan bandar Kota Bharu, iaitu sejauh 37 km dari Bandar Kota Bharu. IPP Machang berada diantara jalan Kuala Krai sebelum 4 km ke Bandar Machang. Ia tertera nama Institut Pengurusan Peladang Machang. Ini adalah contoh peta lokasi dan keadaan disekitar pintu utama IPP Machang.

Peta lokasi




Sekitar pintu masuk ke IPP




AKTIVITI

Dengan pelbagai kemudahan serta lokasinya yang menarik, IPP Machang merupakan sebuah tempat yang cukup sesuai untuk mengadakan apa jua aktiviti yang menarik seperti meraikan Majlis Hari Keluarga, Kursus Motivasi, kursus-kursus berbentuk ilmiah, seminar dan lain-lain.

Kepada yang datang secara berkumpulan, anda bolehlah mengatur program untuk beriadah di padang atau berjoging di tepian kolam-kolam ikan disekitar kawasan kami. Hayatilah suasana pagi yang tenang lagi mendamaikan. Bagi memenuhi aktiviti di malam hari, kami boleh mengaturkan persiapan santapan BBQ untuk anda. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak pula, kami sedia membawa anda merentasi hutan di Bukit Bakar dan Bukit Keluang.

Selain itu pihak kami juga ada menganjurkan kursus-kursus untuk para pelajar dan masyarakat seperti Summer Camp Anak Peladang, Motivasi Pelajar, Pengurusan Kewangan Koperasi serta Pengurusan Projek.


Tempat ini sesuai untuk mengadakan kursus, kem motivasi dan rekreasi, untuk brainstorming dan pelbagai aktiviti berkumpulan. Tempahan yang biasa diterima oleh IPP Machang adalah pakej kursus untuk pelajar-pelajar sekolah dengan menawarkan harga yang berpatutan.

















OBJEKTIF IPP

  • Melahirkan sumber manusia yang berketerampilan, berpengetahuan, mahir, cekap, komited dan kompiten dan standard bagi mengurus pertubuhan peladang danenterprise peladang.
  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran latihan yang lengkap, kondisif, selesa setanding serta bersesuaian dengan keperluan semasa.
  • Menjadi institusi latihan bagi melahirkan ahli peladang yang progresif.
  • Menjadi pusat sumber ilmu dan latihan dalam mengukuh rangkaian PP tiga peringkat dalam perniagaan, khususnya pengeluaran, pemasaran dan pemprosesan cara bersepadu.
  • Menjadi institusi bagi LPP dan PP menerapkan budaya peladang.
  • Untuk merancang modul dan melaksanakan kursus/seminar/bengkel kepada tenaga pengurusan LPP dan PP.
  • Untuk melaksanakan kursus/seminar/bengkel secara komersil samada melalui usahasama atau pakej dengan pihak swasta dan mana-mana pusat latihan.

MATLAMAT IPP

  • Untuk merancang sistem latihan standard kepada tenaga pengurusan LPP, PP dan ahli peladang.
  • Untuk menjadikan Institut Pengurusan Peladang sebagai pusat sumber ilmu dan khidmat latihan yang cekap dan berkesan bagi merealisasikan objektif dan wawasan Lembaga Pertubuhan Peladang.
  • Untuk melahirkan tenaga pengurusan LPP dan Pertubuhan Peladang yang professional kearah melahirkan ahli peladang yang progresif kearah menyumbang kepada industrian pertanian negara.

LOGO IPP

logo 
Logo LPP ialah simbolik dua huruf "P", ditengah-tengahnya terdapat jalur-jalur berwarna hijau muda manakala terdapat perkataan "Lembaga Pertubuhan Peladang" di bawah bentuk"P" tersebut. Bentuk keseluruhan logo tampak ringkas tetapi tersirat makna-makna yang tertentu.
Konsep asas rekabentuk logo diilhamkan daripada slogan asal Lembaga iaitu "Bergerak Maju Bersama Peladang".  Ia seterusnya berkait rapat dengan peranan tugas Lembaga dalam menjadikan bidang pertanian sebagai sektor komersial dan dinamik berasaskan kepada perkembangan teknologi moden dan peredaran semasa.
Dua bentuk "P"
merupakan singkatan "Pertubuhan Peladang", seterusnya menjelaskan logo itu sendiri yang melambangkan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai sebuah badan pengurusan peladang yang profesional.
Jalur Hijau
melambangkan pelbagai bidang pertanian sebagai penggerak utama ekonomi negara.
Tulisan
"Lembaga Pertubuhan Peladang" melambangkan peranan, semangat dan kebulatan tekad serta keikhlasan Lembaga dalam menjalankan tugas-tugasnya menguruskan sektor pertanian yang terdiri daripada pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial peladang.
Warna Silver
melambangkan tekonologi, komersialisasi dan kemodenan sektor pertanian semasa.
Warna Hijau Muda
melambangkan keazaman dan tekad untuk memenuhi misi, wawasan dan
matlamat Lembaga.
Warna Biru
melambangkan profesionalisme, kualiti dan keunggulan perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga kepada kumpulan sasaran.
Konsep keseluruhan logo ini mencerminkan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai asas dalam menentukan hala tuju sektor pertanian moden negara.

WAWASAN & MISI

WAWASAN

Institut Pengurusan Peladang menjadi institut latihan yang unggul untuk melahirkan tenaga pengurusan professional LPP, PP dan ahli-ahli peladang yang progresif.


MISI

Bersama membangunkan anggota Pengurusan Lembaga Pertubuhan Peladang/Pertubuhan Peladang serta pemimpin dan ahli Pertubuhan Peladang melalui penyediaan latihan berkualiti.

Tuesday, 25 March 2014

KEMUDAHAN DI IPP MACHANG

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Penginapan VIP Dan Urusetia
Terdapat 1 buah rumah yang berhawa dignin sebagai tempat penginapan VIP dan urusetia yang mengandungi 2 bilik boleh memuatkan seramai 8 orang.

Penginapan Jenis Rumah
Terdapat 2 buah rumah yang dilengkapi dengan bilik hawa dingin, ruang tamu dan makan.

Penginapan Jenis Bilik
Terdapat 9 buah bilik yang boleh memuatkan 5 orang sebilik. Bilik yang berhawa dingin serta ruang rehat juga disediakan.

Penginapan Jenis Asrama
Terdapat 2 blok asrama berhawa dingin yang disediakan untuk peserta, dimana kapasiti muatannya adalah seperti berikut :
1. Blok A2 35 orang
2. Blok A3 35 orang

Kemudahan Dewan
IPP Machang menyediakan 2 buah dewan yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan teknologi bantuan mengajar terkini serta alat pandang dengar seperti sistem pembesar suara, cordless mikrofon, lcd, laptop dan sebagainya.
Dewan A boleh memuatkan pada sesuatu masa :

  • 150 orang        susunan forum 
  • 120 orang        susunan meja dan kerusi
  • 70-80 orang    susunan bilik darjah 
  • 40-50 orang    susunan U dua lapis
Dewan B boleh memuatkan 70 orang dalam susunan biasa pada satu-satu masa.


Kemudahan Dewan Makan
Sebuah dewan makan yang menampung seramai 200 orang pada satu-satu masa. Bilik makan untuk VIP dan urusetia turut disediakan. Penyediaan makanan untuk 6 kali sehari dengan pelbagai menu yang sihat. 

Kemudahan Lain
 -> Surau 
Surau disediakan yang boleh menampung seramai  200 jemaah.

 ->Tempat Beriadah

Selain tempat beriadah, sebuah padang kawat simen berukuran 160 kaki panjang dan 100 kaki lebar disediakan untuk kegunaan oleh peserta kursus. IPP turut menawarkan program pelancongan dan kembara seperti kebandar Rantau Panjang dan Kota Bharu, untuk percutian ke tempat perkelahan seperti Bukit Kluang, Terengganu dan Hutan Lipur Jeram Linang dan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan. Kemudahan sewa van mengikut destinasi pelanggan dengan harga berpatutan.

 















KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI IPP MACHANG

HARGA - HARGA 

BILIK PENGINAPAN

A.Rumah 2 Bilik (VIP)-Kapasiti 8 orang  1 buah
    Kadar Bayaran/Hari -RM 400/Sebuah.

B. Rumah Urusetia 4 & 5-Kapasiti 10 orang  2 buah
    Kadar Bayaran/Hari -RM 200/Sebuah.

C. Bilik Kecil(Asrama  1)-Kapasiti 45 orang  9 Bilik
    Kadar Bayaran/Hari-RM 75/Sebilik

D. Bilik Room(Asrama 2 & 3)-Kapasiti 70 orang 2 buah
    Kadar Bayaran/Hari-RM 525/Sebuah

DEWAN SEMINAR

A. Dewan A Lengkap dengan LCD/PA System -Kapasiti 120 orang 
     Kadar Bayaran/Hari -RM 500.00.

B. Dewan B Lengkap dengan LCD/PA System-Kapasiti 50 orang
    Kadar Bayaran/Hari- RM 300.00

MAKAN MINUM

A. Sarapan Pagi        - RM 6.00/Orang
B. Minum Pagi          - RM 4.00/Orang
C. Makan Tengahari - RM 14.00/Orang
D. Minum Petang     - RM 4.00/Orang
E. Makan Malam     - RM 14.00/Orang
F. Minum Malam     - RM 3.00/Orang

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

PAKEJ KURSUS

i) Jabatan-Jabatan Kerajaan ,Agensi dan Swasta
   Pakej RM 80.00/Orang/Hari

ii) Sekolah- Pakej 3 hari 2 malam-Melebihi 80 peserta makan 12 kali.Urusetia 5 orang,Dewan                Ceramah,Rumah Urusetia di beri percuma.
   a. Sekolah-sekolah- Pakej RM 75.00/orang
   b.IPTA/IPTS        - Pakej RM 80.00/orang

iii) Aktiviti Kembara(Pakej RM 150.00 untuk 4 jam)
   

Suasana persekitaran yang cukup mendamaikan mampu menaik kepuasan hati pengunjung. Kepada yang berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi :-

Pengurus :- 014-2901142 ( CHE MAT BIN DAUD)
Pengurus latihan :- 019-9443418 (EN SAIDI BIN ABDULLAH)
Pejabat :- 09-9752340
Faks :- 09-9751942

Atau datang sendiri ke :
Institut Pengurusan Peladang Machang
KM37 Bukit Belah, Labok
18500, Machang
Kelantan

SEJARAH & LATAR BELAKANG

Lembaga Pertubuhan Peladang pada 24 Ogos 1995 meluluskan penubuhan Institut Pengurusan Peladang (IPP). Lembaga juga telah mewakilkan kuasa dibawah Seksyen 25, Akta Lembaga Pertubuhan Peladang kepada Jawatankuasa Pengurusan IPP untuk menentukan dasar, peraturan, operasi, dan mengawal keseluruhan perjalanan IPP.
Ia ditubuhkan untuk melahirkan golongan pemimpin, pegawai dan peladang yang mahir dan terlatih dalam pelbagai sektor perladangan semasa. Ianya diharap dapat menjadi pendorong, penggerak, gedung ilmu dan saluran pertukaran maklumat yang berkesan dalam usaha meningkatkan dan memajukan LPP, PP dan taraf ahli-ahli pertubuhan peladang.
IPP Machang merupakan sebuah agensi kerajaan (modal berkanun) yang dikawal selia oleh Lembaga Pertubuhan Peladang yang mana ia diuruskan oleh 6 orang kakitangan yang dilantik oleh LPP Negeri Kelantan dan 4 orang kakitangan berbayar oleh IPP sendiri.